Produk

Produk Halal Berasaskan
Ternakan Argrow Farm

Argrow Farm bukan sahaja menguruskan penternakan dan ekosistem agro moden, tetapi kami turut membangunkan produk makanan berasaskan ternakan yang dihasilkan dengan standard kualiti, kebersihan dan pematuhan halal yang tinggi.

Daripada hidangan majlis hingga makanan sedia dimakan, setiap produk kami dibangunkan untuk memudahkan anda menikmati rasa asli daging berkualiti tanpa kompromi.

Birri™ Golek

Perkhidmatan Catering Birri™ Golek

Birri™ Golek ialah perkhidmatan catering biri-biri golek premium oleh Argrow Farm, sesuai untuk pelbagai majlis seperti kenduri, perkahwinan, acara korporat dan jamuan komuniti.

Setiap hidangan disediakan menggunakan ternakan berkualiti daripada ekosistem Berek Birri™, dengan fokus kepada rasa, kesegaran dan penyediaan yang profesional.

Sesuai untuk:

Majlis perkahwinan

Kenduri & jamuan keluarga

Acara korporat & organisasi

Event komuniti & sambutan khas

Produk Ready-To-Eat Berasaskan Daging Premium

Birri™ Yani ialah rangkaian produk makanan sedia dimakan (ready-to-eat) berasaskan daging premium Argrow Farm, direka untuk memberi kemudahan tanpa mengorbankan rasa dan kualiti.

Dihasilkan melalui proses yang teliti, Birri™ Yani membawa rasa hidangan berasaskan ladang terus ke meja anda — mudah, cepat dan memuaskan.

Kelebihan Birri™ Yani:

Rasa berasaskan resipi premium

Individu yang berminat dalam industri penternakan

Mudah disediakan

Sesuai untuk gaya hidup moden

Dari Ladang Ke Meja Anda

Setiap produk Argrow Farm bermula dari ekosistem penternakan yang terurus di Berek Birri™, di mana kualiti ternakan dijaga dengan teliti sebelum diproses menjadi hidangan yang dinikmati pelanggan.

Kami percaya makanan yang enak bermula daripada sumber yang baik dan itu adalah asas kepada setiap produk yang kami hasilkan.

Kenapa Produk Argrow Farm?

Sumber Ternakan Yang Terurus

Setiap produk dihasilkan daripada ekosistem penternakan yang sistematik dan dikawal dengan standard yang jelas.

Fokus Kepada Kualiti & Halal

Kami menitikberatkan kebersihan, pematuhan halal dan kualiti dalam setiap proses.

Dibangunkan Daripada Ekosistem Sendiri

Daripada ladang ke produk akhir, semuanya berada dalam rangkaian Argrow Farm.

Sesuai Untuk

Majlis & Acara

Pilihan ideal untuk jamuan, kenduri dan acara berskala kecil hingga besar.

Gaya Hidup Moden

Produk ready-to-eat untuk mereka yang mahukan makanan cepat, mudah dan berkualiti.

Penggemar Daging Berkualiti

Sesuai untuk mereka yang menghargai rasa daging premium dari sumber yang dipercayai.

Nikmati Rasa Dari Ekosistem Argrow Farm

Daripada Birri Golek™ hingga Birri Yani™, setiap produk kami dibangunkan untuk membawa pengalaman makanan yang lebih mudah, berkualiti dan dipercayai terus kepada anda.

0
    0
    Your Cart
    Empty CartYour cart is emptyReturn to Shop